tempat ni untuk perkenalkan diri masing-masing, jadi saya taip apa-apa saja yang berkaitan diri saya, ok?
hehehe..
Nama sebenar: Muhammad Nur Hidayat (dari situ datang username MuhdNurHidayat & NurHidayat96)
Nama digunakan untuk bercakap dengan orang Jepun: Yasuyoshi Yatsuko
Username saya untuk osu! ni ialah MuhdNurHidayat SAHAJA, kalau ada nama lain yang mirip dengan saya, tu bukan saya!
Username sama juga digunakan untuk forum anime (selalunya la) sebab senang nak kenal..
Username NurHidayat96 pula untuk
YouTube.
Tadika (a.k.a Kindergarten) di Tadika GBBM, Sg Lalang, Kedah.
Sekolah rendah di SJK(C)Chung Hwa Sg Lalang, Kedah
Sekolah menengah di SMK Bedong, Kedah
Orang Melayu, agama Islam
Lahir pd 18 Oktober 1996 .. (means tahun ni form 4, tahun depan SPM!)
Masih tinggal di Sg Lalang, Kedah (Alamat sy toksah amek tau!)
BAHASA PERTUTURAN
Bahasa Melayu (sejak berumur ~3 tahun - belajar bercakap)
Bahasa Cina (sejak berumur 5 tahun - tadika)
Bahasa Inggeris (sejak berumur 7 tahun - sekolah rendah)
Bahasa Jepun (masih belajar (sendiri) lagi, sejak tahun lepas, lepas terserempak dgn AKB48!)
OSU! の HISTORY:
Pd suatu hari, sy terserempak dgn 1 video di YouTube yg mana orang tu tgh main osu! dgn beatmap AKB48 - Flying Get
Terus download osu! dgn beatmap tu dan cuba main! memang best la! Sekarang tgh download lebih byk beatmap AKB48!!
AKB48 DAI SU KI!!
*klu x tau sapa AKB48 tu.. ianya sebuah JAPANESE GIRLS IDOL GROUP daripada Akihabara, Jepun! Carilah kat YouTube atau Google, konfem ada!
*tanda "~" kalau digunakan bermaksud "lebih kurang"
Harap dapat join nyanyi & menari sekali dalam group AKB48 tu..